NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN lebih prihatin tangani kenaikan harga dan kelembapan ekonomi - Syahir Sulaiman


Terima kasih Prof Agus & JKOM atas perkongsian maklumat perbandingan harga di zaman PN & PH.

Sedikit ulasan saya berkenaan situasi harga dan kedudukan ekonomi di zaman "PN-Prihatin",
1. Kenaikan harga akibat gangguan 'rantaian bekalan' di peringkat global dan tempatan, disebabkan pandemik, PKP, dan perang Ukraine.
2. Keluhan rakyat didengari, 8 pakej rangsangan ekonomi (PRIHATIN, PENJANA, PERMAI, PEMERKASA, PEMULIH) disalurkan untuk meringankan beban rakyat & peniaga.
3. Ekonomi dipulihkan dengan tindakan, bantuan, dan pakej rangsangan ekonomi, bukannya dengan formula & 1001 janji.

Sedikit pandangan saya berkenaan situasi harga dan kedudukan ekonomi di zaman "PH-Madani",

1. Ekonomi sudah keluar daripada pandemik & PKP. Kesan perang Ukraine sudah mereda. Kenaikan harga akibat kelemahan 'kawalan & dasar' di pihak kerajaan. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan terlalu sibuk, Menteri saling bercanggah dan asyik menyalah.

2. Keluhan rakyat TIDAK didengari, malah dinafi. Tiada pakej rangsangan ekonomi untuk meringankan beban rakyat dan peniaga.

3. Ringgit terus menyusut. Kuasa beli rakyat lemah, peniaga mengeluh. Pasaran saham lemah, aliran keluar modal asing RM4.45 bilion sejak Januari 2023.

4. Segala formula & 1001 janji, semuanya serba tidak menjadi.

Perubahan perlu disegerakan. Semoga zaman Madani tidak digelar sebagai zaman "MahalDahNi".

#PNPrihatin
#DataJKOM

SS, 12 Julai, Bachok

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo