Setiusaha PN Kedah Musoddak Ahmad berkata, perubahan itu hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa PN Kedah malam semalam.
“Sebelum ini memaklumkan tarikh asal yang ditetapkan 21 Julai kemudian diubah kepada 25 Julai atas arahan Majlis PN Pusat. Namun terbaharu ditetapkan pada 26 Julai,” katanya di sini.
Majlis pengisytiharan itu akan diadakan di Kompleks PAS Kedah bermula jam 7 petang.
Terdahulu Pesuruhjaya PAS Kedah Dato’ Ahmad Yahaya memaklumkan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, PN menampilkan calon-calon berwibawa dan menepati setiap segmen rakyat.
Katanya gandingan muka baharu dan lama diyakini mampu membantu Kedah membangun lebih cemerlang sekiranya PN sekali lagi diberi mandat oleh rakyat. – HARAKAHDAILY
No comments
Post a Comment