NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN boleh jadikan Selangor ‘super state’, kata Saifuddin

Saifuddin Abdullah berkata Selangor perlu dibandingkan dengan negara seperti Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

PETALING JAYA: Selangor akan dibangunkan sepenuhnya jika Perikatan Nasional (PN) memenangi mandat dalam PRN akan datang, kata seorang pemimpin gabungan, Saifuddin Abdullah.

Bercakap di ceramah malam tadi, beliau berkata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah gagal merealisasikan visi “super state” (negeri hebat)

Tambahnya, ketua Pakatan Harapan negeri itu harus menumpukan perhatian kepada membangunkan negeri dan bukannya bermegah-megah dengan kemenangannya ke atas Azmin Ali, bekas mentornya yang kini seteru politik.

Visi untuk membina Selangor sebagai “super state” sudah wujud semasa Azmin Ali menjadi menteri besar, tetapi Amirudin, penggantinya, gagal merealisasikannya.

“Jadi ini adalah sesuatu yang PN akan lakukan jika kita diberi mandat,” kata Saifuddin di Ceramah Perdana Jelajah Selangor Baharu PN.

“Selangor harus dilihat sebagai “super state”. Jadi kita juga harus memilih menteri besar yang layak, bukan orang yang berbangga kerana telah mengalahkan bekas menteri besar. Itu bukan naratif untuk membina Selangor,” kata Saifuddin, yang juga ketua Bersatu dan PN di Pahang.

Pada PRU November lalu, Aminuddin menewaskan Azmin yang mempertahankan bekas kubu kuatnya di Gombak. Azmin memegang kerusi itu selama tiga penggal, setelah memenanginya ketika menjadi timbalan presiden PKR.

Saifuddin berkata Selangor tidak seharusnya dibandingkan dengan negeri-negeri Malaysia yang lain kerana ia berpotensi untuk setanding dengan ekonomi hebat di rantau ini.

“Kita sepatutnya membandingkan Selangor dengan Singapura, Taiwan, Hong Kong. Jika tidak, kita tidak melakukan keadilan terhadap apa yang Selangor boleh capai,” tambahnya.

- FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo