NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH parti idealis ketika dalam pembangkang semata-mata



SHAH ALAM - Parti ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) tidak bersetuju Akta Hasutan digunakan untuk menahan dan mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini.

Melalui kenyataan bersama Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM, Michael Jeyakumar Devaraj, pihak terlibat turut menggesa supaya akta berkenaan dimansuhkan.

Kedua-duanya berpendapat, ini kerana sudah ada peruntukan lain untuk menguruskan isu-isu berbangkit yang berkait dengan perihal tersebut.

Akta Hasutan perlu dimansuhkan selari dengan janji reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Ujarnya, Kerajaan Madani yang ditunjangi PH telah lama memperjuangkan untuk memansuhkan akta itu, malah ia tertulis dalam manifesto mereka.

"PH tidak boleh menjadi idealis hanya ketika dalam pembangkang kemudian meninggalkan prinsip bila mendapat kuasa. Muda dan PSM sekali lagi memanggil untuk akta hasutan dimansuhkan.

"Satu undang-undang baharu boleh digubal sekiranya perlu, dengan mengadakan perbincangan dan melibatkan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan," jelasnya.

Menurut kenyataan tersebut, akta yang bersifat 'draconian' dan lapuk itu mula digubal oleh penjajah British untuk mengekalkan kuasa mereka wajar dimansuhkan.

"Malah United Kingdom sendiri telah memansuhkan akta ini di negara mereka sejak tahun 70-an.

"Selain itu, kami turut ingin mempersoalkan tindakan menahan Sanusi pada jam 3 pagi, sedangkan beliau boleh sahaja diarahkan untuk hadir sendiri sama ada ke balai polis atau mahkamah," katanya.


Sumber I Sinar Harian 


Sumber I Sinar Harian 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo