NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH banyak main isu 3R tapi yang kena kenapa pemimpin PN sahaja? soal Wan Saiful



Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan DAP didakwa berterusan menyentuh isu sensitif namun tiada tindakan tegas diambil, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengungkit isu sensitif melibatkan raja, kaum dan agama (3R) yang dimainkan pemimpin DAP khususnya semasa berceramah di Pulau Pinang, ia ekoran laporan portal berbahasa Cina yang dilihat membangkitkan sentimen agama dan kaum.

“Mereka mengatakan isu berkait dengan 3R adalah isu sensitif yang tidak sepatutnya disentuh. Tapi kalau dilihat sebenarnya yang lebih banyak menyentuh isu-isu yang sensitif ini adalah di sebelah PH dan DAP.

“Tetapi melabelkan PN yang sentuh isu 3R. Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab seolah-olah mereka tidak memainkan isu 3R,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette hari ini.

Wan Saiful juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak terlepas pandangan dengan tindakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy yang menyentuh isu 3R secara terang-terangan.

“Prof Ramasamy sengaja menimbulkan isu berkaitan dengan perobohan kuil dipetik secara spesifik iaitu Kuil Sri Madurai Veeran di Alor Setar dan Kuil Sri Raja Muniswaran di Kuala Kedah.

“Beliau menimbulkan isu ini pada waktu ini, isu berkait dengan agama, perobohan kuil yang pasti dilakukan mengikut undang-undang, kalau tidak setuju, sila buat tuntutan di mahkamah.

“Tapi dia timbulkan isu ini dengan tujuan untuk mempengaruhi dan menghasut penganut agama Hindu untuk membenci tindakan itu yang dilakukan oleh pihak berkuasa mengikut saluran undang-undang,” katanya lagi.

Wan Saiful berkata ketegasan Anwar hanya lakonan semata-mata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

“Isu perobohan kuil, kenapa sekarang ditimbulkan, kenapa tak disebut sebelum ini? Kenapa tak ikut saluran perundangan untuk membantah, kenapa ditimbulkan semasa pilihan raya.

“Apabila kerajaan bercakap mengawal selia media dengan peraturan mereka, tak nak isu sensitif disebut, ini semua lakonan sahaja.

“Dia main isu sendiri, dia melabel seolah-olah orang lain main isu tersebut,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo