NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertarungan sebenar di NS ialah menawan hati akar umbi sendiri



PETALING JAYA: Pertarungan sebenar di Negeri Sembilan nampaknya sebanyak mana undi yang boleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan perolehi daripada akar umbi masing-masing, ketika penganalisis percaya gandingan itu berpeluang cerah menawan Darul Khusus.

Adalah penting untuk lihat sebanyak mana penyokong yang boleh ia yakinkan untuk keluar mengundi dan memilih mereka, kerana ia akan dilihat sebagai setakat mana penerimaan akar umbi kepada kerjasama BN-PH.

Bridget Welsh, seorang penyelidik bersekutu kehormat di Universiti Nottingham Malaysia, mendapati Perikatan Nasional paling lemah di Negeri Sembilan.

“Penentangan terhadap PAS kuat, maka Bersatu mengepalai kempen PN dengan jentera yang tempang,” katanya kepada FMT.

“Bagi kerajaan perpaduan, cabarannya ialah peralihan undi, iaitu PH mengundi Umno dan sebaliknya. Perkara paling penting untuk diperhatikan ialah sama ada lebih bekerjasama dalam kempen mereka.”

Pada PRU15 peringkat DUN Negeri Sembilan 12 Ogos ini, PH mempertaruhkan calon di 19 kawasan, manakala BN meletakkan 17.

BN-PH turut mempertaruhkan nama-nama besar seperti Mohamad Hasan, Aminuddin Harun, dan Loke Siew Fook, langkah yang dijangka akan menggembleng penyokong masing-masing ke pusat mengundi.

Pada PRU15 peringkat Parlimen Negeri Sembilan, BN dan PH membuktikan kekuatan masing-masing apabila ia berjaya menidakkan kemaraan PN.

“Untuk mengatakan Perikatan Nasional beri saingan saya tidak fikir perkara itu boleh berlaku, ini kerana Parlimen dikuasai BN dan PH,” kata Jamaie Hamil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya tak kata PN tak boleh beri saingan atau BN-PH akan menang besar secara mutlak… mesti ada syaratnya. Salah satu syaratnya BN perlu beri keyakinan jelas kepada pengikut mereka untuk undi PH. PH juga perlu beri keyakinan kepada penyokong mereka undi calon BN.”

Meskipun situasi ketika ini seolah memihak kepada BN-PH, Welsh tidak menolak bahawa Negeri Sembilan masih medan yang penting, memandangkan PN mengharapkan sebarang kemenangan untuk membina momentum di peringkat nasional.

Oleh kerana PN memanfaatkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap ekonomi dalam kempennya, Welsh berpendapat BN-PH wajar tonjolkan dasar-dasar dan rekod pencapaian kerajaan Negeri Sembilan.

“Ramai pengundi tidak sedar dasar-dasar dan rekod-rekod kerajaan negeri. Kerajaan perpaduan perlu tumpu kepada kawasan, kepada negeri itu sendiri. Secara amnya, komunikasi perlu diperbaiki. Terlalu banyak kenyataan tanpa naratif yang jelas.”

Pada 12 Ogos ini, seramai 864,425 pengundi akan memilih wakil masing-masing, dengan kira-kira 43.29% iaitu 374,188 orang berusia 21-39 tahun.


Sumber I FMT Malaysia 









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo