NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertahankan Sanusi walaupun terpaksa meniarap atas jalan – Suhaimi



KUALA LUMPUR – Rakyat Kedah diminta untuk terus mempertahankan penyandang Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md. Nor walaupun terpaksa meniarap di atas jalan raya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Kedah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ‘pahlawan’ Perikatan Nasional Kedah itu kini menjadi sasaran pelbagai pihak.

“Kita dengar juga ada ura-ura beliau akan ditangkap, ada ura-ura SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) juga meneliti kesnya.

“Tapi tuan-tuan dan dan puan-puan kita mesti bangun, bangun dan bangun bagi mempertahan Yang Berhormat Datuk Seri Sanusi, hatta kita merengkok, meniarap atas jalan sekali pun,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam ucapan alu-aluan Pengumuman Calon Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah malam ini.

Majlis yang berlangsung di Kompleks Pas Alor Setar, Kedah itu dihadiri pemimpin utama Bersatu dan Pas Kedah.

Sementara itu, Mohd Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pembahagian kerusi antara komponen PN di Kedah berlangsung dengan lancar.

“Walaupun kita dengar ada soksek-soksek menyatakan kerusi ini akan ditandingi calon ini, calon ini akan ditandingi di kerusi ini.

“Pada malam ini kita telah mengisyiharkan kita satu parti, satu nada demi peperangan di enam negeri ini,” katanya.

Mohd Suhaimi menjangkakan PN mampu mengusai sekurang-kurangnya 33 daripada 36 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi.-MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo