NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Sabah masih bergolak, Shahelmey belum terima surat penggantungan


Zahid Hamidi berkata, tindakan terhadap Timbalan Ketua Menteri III Sabah Shahelmey Yahya akan diselesaikan secara dalaman oleh Umno. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Segala isu yang timbul akibat penggantungan Timbalan Ketua Menteri III Sabah Shahelmey Yahya daripada Umno selama enam tahun, akan diselesaikan secara dalaman, kata presidennya, Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, Umno pada masa ini berpendirian Shahelmey merupakan Ahli Parlimen Putatan dan Adun Tanjung Keramat yang mewakili kerajaan perpaduan.

“Kita mempunyai semangat dalam kerajaan perpaduan, maka tindakan itu kita lakukan secara dalaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Sidang Kemuncak Koperasi Belia Asia Pasifik 4.0.

Ditanya tentang kenyataan Shahelmey beliau masih belum menerima surat penggantungan itu, Zahid berkata “kita buat secara dalaman.”

Pada 18 Mac lalu, Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin, mengesahkan Shahelmey digantung keahlian parti selama enam tahun, namun pada 26 Julai lalu Shahelmey memberitahu beliau masih belum menerima surat penggantungan tersebut.

Pada 7 Jan lalu, Bung Moktar mengumumkan Umno dan Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji Noor sebagai ketua menteri, namun Shahelmey bersama empat Adun parti itu, kekal menyokong Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo