NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

’Penyokong Najib sokong PN? Itu masalah Umno’, kata Rafizi



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengenepikan tindakan sekumpulan penyokong bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara untuk mengisytiharkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri bulan depan.

Sebaliknya, beliau berkata, perkara tersebut sebaiknya diserahkan kepada Umno untuk diuruskan kerana ia melibatkan hal dalaman parti berkenaan.

Rafizi berkata Pakatan Harapan (PH) mempunyai segmen lain untuk ditumpukan terutamanya pengundi atas pagar, sambil menambah parti itu yakin kekal mendapat undi “penyokong tegar”.

"Sebagai kerajaan perpaduan dan bagi pihak PH, pandangan dan pengalaman saya, cara terbaik untuk meyakinkan rakyat undi kita ialah dengan menumpukan perkara paling penting untuk rakyat.

“Sama ada ia memberi kesan atau sebagainya, saya yakin, tumpuan kita untuk pengundi atas pagar ini lebih memberikan hasil untuk pilihan raya daripada kami terperangkap dengan kumpulan tertentu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, jurucakap sekumpulan penyokong Najib membidas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana menghalang pertandingan untuk jawatan tertinggi parti itu. 

Bercakap pada sidang media, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz menggesa penyokong Najib supaya menyokong PN bagi menghantar mesej bahawa mereka tidak bersetuju Zahid memimpin parti.

"Kami sudah tidak selesa lagi apabila Zahid berterusan mempergunakan kami untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib," katanya.

Harga minyak

Sementara itu, Rafizi berkata tidak pernah ada sebarang perbincangan dalam kerajaan untuk menurunkan harga minyak. 

Menjawab spekulasi bahawa harga petrol RON95 akan turun 10 sen dalam beberapa hari akan datang, Rafizi berkata beliau tidak mengetahui sebarang keputusan sedemikian. 

Sebaliknya, beliau berkata harga minyak mentah meningkat melepasi paras AS$80 (RM362) setong.

"Saya tak dengar langsung. Sehingga sekarang dah 7 bulan perbincangan mengenai ekonomi, setakat ini tidak sekali pun disebut soal mengenai harga minyak," kata Rafizi, yang terkenal dengan formula menurunkan harga petrol sewaktu menjadi pembangkang.

Isu harga minyak sering dibangkitkan oleh pengkritik kerajaan, dengan pemimpin pembangkang sering menyindir janji Anwar Ibrahim berhubung janji untuk mengurangkan harga bahan api itu sejurus selepas beliau menjadi perdana menteri.


Sumber I MalaysiaNow




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo