NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penyokong Najib hilang sabar, boikot UMNO di PRN nanti

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.


Ramai penyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah hilang sabar dan tidak mudah untuk dipujuk lagi.

Demikian reaksi anak Najib, Nooryana Najwa sebagai respons terhadap kenyataan terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Menurut, Nooryana memang Najib masih menyokong UMNO dan kerajaan perpaduan namun penyokong Najib mahu melihat usaha ketara dilakukan dalam menegakkan keadilan untuk bekas presiden UMNO itu.

Awal hari ini, Zahid yang juga Pengerusi BN dilaporkan menolak dakwaan penyokong Najib bahawa tiada usaha dilakukan untuk membela bekas perdana menteri yang kini dipenjara itu.

Kata Zahid, tidak ada sebab untuk mereka berfikir sedemikian hingga mahu memboikot pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, bulan depan.

“Kita mesti mengasingkan soal perundangan dengan PRN. Datuk Seri Najib sendiri melalui anakanda beliau menyebut sokongan mesti diberikan kepada kerajaan madani sekarang ini.

“Kalau Datuk Seri Najib sendiri meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat Malaysia supaya mendukung (kerajaan).

“Tidak ada sebab terdapat segelintir yang mempunyai pemikiran bahawa usaha-usaha tidak dilakukan untuk membela beliau bukan sahaja dari segi perundangan tetapi juga aspek-aspek sosial yang lain,” katanya,

Tindakan boikot tersebut didakwa akan dilakukan selepas kerajaan dituduh tidak bersungguh-sungguh untuk membebaskan Najib.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo