Kerajaan menimbang untuk pengeluaran berkala bagi pencarum KWSP. |
Pemuda MCA mengkritik rancangan kerajaan menimbang untuk mewajibkan pengeluaran berkala bagi pesara apabila mencapai umur persaraan sukarela pada usia 55 tahun.
Timbalan Pengerusi Pemuda MCA, Tan Chee Hiong berkata kerajaan campuran sepatutnya mencari alternatif untuk menambah simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bukannya menafikan hak pencarum dengan memperkenalkan langkah baharu tersebut.
“Saya percaya Kerajaan Perpaduan harus mencari jalan untuk menambah simpanan ahli KWSP, sekali gus memastikan mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara. Ini adalah pelan yang lebih membina berbanding dengan menafikan ahli KWSP autonomi ke atas simpanan mereka sendiri.
“Selain itu, dasar yang keras dan ketat sebegini sudah pasti akan membawa kepada ketidakpercayaan dan keraguan orang ramai terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya lagi, langkah tersebut akan menambah rasa tidak yakin rakyat terhadap kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lemah dalam pengurusan kewangannya.
Di samping itu, mengambil hak untuk pengeluaran sekali sahaja boleh menyebabkan hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan kewangannya.
“Orang ramai mungkin didorong oleh pihak tertentu untuk mempercayai bahawa kerajaan tidak mempunyai pilihan selain memasukkan rizab KWSP mereka untuk menstabilkan ekonomi,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Chee Hiong berkata penambahbaikan ekonomi sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada dasar mengurangkan kos semata-mata tetapi perlu mempunyai hala tuju yang lebih mampan.
“Kunci kepada reformasi ekonomi bukan hanya tentang mengurangkan kos, tetapi juga tentang mempunyai hala tuju baharu untuk pertumbuhan ekonomi, seperti meningkatkan tahap pendapatan rakyat.
“Oleh itu, ekonomi secara keseluruhan harus dikaji untuk mencari punca, bukannya hanya tertumpu kepada cara mengurangkan perbelanjaan KWSP.
“Semua pembaharuan dasar yang baik bermula daripada keperluan rakyat, bukannya hanya mempertimbangkan isu dari perspektif makro. Diharapkan kerajaan dapat mengumpul pendapat orang ramai sebelum melaksanakan dasar baharu ini agar dapat membuat keputusan yang bijak dan berkira,” katanya lagi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment