NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penduduk Malaysia bertambah 2.1% pada 2023

Peningkatan kadar pertumbuhan penduduk pada tahun ini dijangka disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi, menurut DOSM.


KUALA LUMPUR: Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1% tahun ini, diterajui oleh migrasi antarabangsa, menurut data rasmi.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan memaklumkan, jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022.

Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.

Populasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7%

Komposisi penduduk bagaimanapun diunjur menurun daripada 92.4% pada 2022 kepada 91.1% pada 2023.

Ini disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6% kepada 8.9%.

Peningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Penstrukturan Semula Pekerjaan 2.0 mulai Januari 2023.

Menurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023, masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.

Nisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Komposisi penduduk berusia 15-64 tahun (umur bekerja) diunjurkan meningkat daripada 69.6% pada 2022 kepada 70.0% pada 2023.

Peratusan penduduk berusia 65 tahun ke atas (usia tua) dijangka meningkat daripada 7.2% kepada 7.4% bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, komposisi penduduk berusia 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 diramal menurun kepada 22.6% berbanding 23.2% pada 2022.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo