Lim Guan Eng dibicarakan berhubung kes rasuah pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang. |
Keputusan mengekalkan Lim Guan Eng sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos dipertikai sayap pemuda DAP Pulau Pinang, ia kerana beliau sudah bertanding lama di negeri tersebut.
Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang, M. Kogilan mempersoalkan mengapa Guan Eng kekal bertanding walhal ramai calon yang lain digugurkan atas alasan kononnya untuk memberi peluang kepada muka baharu tetapi lain pula layanan kepada anak Tan Sri Lim Kit Siang itu.
“Saya telah membaca satu berita di sebuah akhbar berbahasa Melayu yang memetik kenyataan Anthony (Loke) bahawa pembaharuan dalam setiap pilihan raya termasuk menggugurkan beberapa nama ‘orang lama’ adalah satu perkara dan proses biasa.
“Saya sebagai ahli seumur hidup DAP ingin bertanya dengan Setiausaha Agung DAP, kenapa beliau atau Jawatankuasa Pencalonan Kebangsaan tidak mengugurkan nama Lim Guan Eng?
“Sedangkan Guan Eng juga merupakan orang lama yang bertanding beberapa penggal PRU dan PRN atas tiket parti DAP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Kogilan juga mempersoalkan langkah DAP yang menamakan calon yang tidak dikenali pada PRN Pulau Pinang kali ini.
“Pemimpin yang berkerja keras untuk rakyat negeri ini telah ditepikan sebaliknya parti membawa calon yang tidak kenali oleh penduduk kawasan yang bakal ditandingi,” katanya.
Semalam, Loke mengumumkan seramai 19 calon DAP yang akan bertanding pada PRN negeri itu dan mereka terdiri daripada 12 penyandang manakala tujuh calon muka baharu.
Bagi memberi laluan kepada muka baharu tujuh penyandang kerusi DUN Pulau Pinang telah digugurkan iaitu P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II (Perai); M. Satees (Bagan Dalam); Phee Boon Poh (Sungai Puyu); Soon Lip Chee (Bagan Jermal); Lee Chun Kit (Pulau Tikus); Chong Eng (Pangkalan Kota) dan Yeoh Soon Hin (Paya Terubong).
Manakala Lim Guan Eng kekal mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment