Pemimpin Umno, Zaid Ibrahim menggesa pengundi di Hulu Kelang menyokong Mohamed Azmin Ali, sebagai tanda beliau berdamai dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor yang dicabarnya untuk jawatan timbalan presiden PKR lebih sedekad lalu.
Zaid, yang meningkatkan kritikannya terhadap kerajaan sekarang meskipun pada mulanya memberikan sokongan terhadap kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menyifatkan Azmin sebagai pentadbir yang baik.
"Azmin Ali pada saya seorang yang boleh mengurus dan boleh mentadbir. Semasa dia menjadi menteri besar Selangor pun, saya rasa banyak kejayaannya," katanya dalam hantaran video yang disiarkan di Facebook.
Pilihan Raya Negari (PRN) di Selangor akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu di Hulu Kelang antara PN dan PH, yang meletakkan Juwairiya Zulkifli, setiausaha politik Menteri Besar Amirudin Shari.
Azmin memenangi kerusi DUN itu pada 1999 sewaktu penyertaan pertamanya dalam politik tetapi selepas itu mewakili Bukit Antarabangsa, satu lagi kerusi dalam kawasan Ampang.
Bekas timbalan presiden PKR yang memainkan peranan penting dalam tumbangnya kerajaan PH pada 2020 kini mengetuai kempen PN di Selangor, dilihat sebagai negeri barisan hadapan dalam pertembungan antara gabungan itu dan PH-BN.
Zaid berkata Azmin dikalahkan di Gombak pada pilihan raya umum lalu kerana "histeria" yang mencengkam ahli politik dan pengundi ketika itu berikutan apa yang dipanggil Langkah Sheraton pada 2020.
Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan membenarkan langkah sedemikian sebelum ia dihalang mengikut akta anti lompat parti.
"Tetapi kerana salah faham, kerana histeria, kerana penyakit sawan, maka semua orang menyalahkan ahli Parlimen yang menukar sokongan mereka pada masa itu termasuk Azmin."
Zaid berkata walaupun PN gagal merampas Selangor pada PRN bulan depan, namun Azmin diperlukan sebagai suara pembangkang yang berkesan di negeri itu.
Peguam dan bekas ahli Parlimen yang pernah berkhidmat sebagai menteri undang-undang sebelum meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh kerajaan, kembali ke pangkuan Umno tahun lepas selepas 14 tahun, satu tempoh yang menyaksikan beliau menyertai PKR dan DAP, termasuk menubuhkan parti politik sendiri.
Zaid berkata walaupun Selangor merupakan negeri paling maju, namun masih ramai yang hidup dalam kemiskinan yang tinggal di kawasan penduduk seperti Taman Medan.
"Selangor mesti ada balance (seimbang), mesti ada pembangunan yang seimbang antara yang korporat dan bukan korporat, antara kaya dan miskin. Saya ingin Selangor ini ditadbir dengan lebih adil kepada mereka yang kurang peluang.
"Sebab itu pemimpin di Selangor ini penting, dan saya fikir Azmin adalah salah seorang pemimpin Melayu yang saya rasa boleh menolong kita ke arah pencapaian matlamat itu."
Sumber I MalaysiaNow
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment