NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembahagian kerusi PH-UMNO belum selesai, Amanah enggan beri kerusi Lenggeng



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan soal pengagihan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Beliau berkata ia termasuk kawasan DUN Lenggeng yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya sama ada ditandingi oleh calon PH atau UMNO-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini, menurut laporan Bernama.

“Kerusi Lenggeng, Perdana Menteri belum umumkan apa-apa lagi, … keputusan adalah di bawah kuasa Presiden, saya akur bahawa presiden yang akan umumkan, sekarang ini ada dua parti menuntut, satu ingin mempertahankan dan satu lagi menuntut,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang ditemui selepas menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan hoki wanita negeri bagi Kejohanan Liga Hoki TNB Kebangsaan 2023 berkata PH dijangka mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRN kali ini pada 20 Julai atau 21 Julai ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN akan bertanding 17 DUN di negeri ini termasuk kerusi Lenggeng yang disandang oleh Parti Amanah Negara (Amanah), namun Pengerusi Amanah negeri Datuk MK Ibrahim Abd Rahman terlebih dahulu turut mengumumkan parti itu kekal bertanding di tiga kerusi DUN iaitu di DUN Klawang, Lenggeng dan Paroi.

Pada PRU-14, PH menguasai 20 kerusi iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga), manakala BN pula memenangi 16 kerusi iaitu UMNO (15) dan MIC satu kerusi daripada keseluruhan 36 kawasan DUN di negeri itu.


Sumber I Agenda daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo