NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Kedah harap proses perundangan Sanusi adil

ALOR SETAR – Pas Kedah mendoakan yang terbaik buat Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan berharap proses perundangan akan dilaksanakan secara adil.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya kekal berpegang teguh kepada prinsip keadilan mengikut undang-undang serta bebas daripada sebarang cengkaman atau pengaruh politik.

“Semoga Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi mendapat keadilan yang selayaknya sepanjang proses undang-undang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semua ahli dan penyokong Pas diharapkan supaya bertenang, tidak dipengaruhi dengan emosi serta sentiasa mematuhi undang-undang negara.

“Dalam masa sama, perbanyakkan doa serta munajat agar pemimpin yang kita kasihi ini, yang ikhlas dan amat bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Kedah sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kekal dengan prinsip mempertahankan Menteri Besar itu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri.

“Pas Kedah yakin pendakwaan yang dilakukan pada hari ini adalah proses untuk membersihkan nama baik Menteri Besar Kedah yang menjadi sasaran politik kotor oleh sebahagian pihak berkepentingan.

“Situasi politik negara kelihatan semakin meruncing dengan tindakan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang tidak henti-henti menyerang Sanusi,” jelasnya.

Menurutnya lagi, segala ruang dan peluang dieksploitasi semahunya bagi memastikan perjuangan Muhammad Sanusi khasnya, dan PN amnya dipadam daripada pentas politik. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo