NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS jelaskan kenapa Nik Abduh tidak disenaraikan sebagai calon

PAS mengesahkan spekulasi dan menjelaskan Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan selepas menolak dua kerusi yang ditawarkan kepadanya.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bagaimanapun bekas ahli Parlimen Pasir Mas dan Bachok itu tetap berlapang dada walaupun tidak bertanding.

Malah anggota Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan tindakan tidak mengangkat nama Nik Abduh sama sekali bukan bertujuan menghapuskan legasi bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tiada isu berhubung ketiadaan Nik Abduh kerana dalam politik ruangnya banyak bukan untuk bertanding semata-mata.

“Kita ada tawarkan satu dua kerusi, namun beliau tolak, Nik Abduh pun kata tidak bertanding pun tidak mengapa, dia boleh fokus kepada sekolah agama yang diuruskannya.

“Ketiadaan Nik Abduh juga bukan untuk matikan legasi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana untuk meneruskan legasi bukan hanya perlu menjadi calon sebaliknya perjuangannya yang perlu disambung,” katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) Kelantan, di Kota Bharu, malam tadi.

Dalam pengumuman itu, PN Kelantan menampilkan 23 calon muka baru termasuk enam calon daripada Bersatu di 45 DUN keseluruhannya.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Nik Abduh sekali lagi tidak dicalonkan seperti mana dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu.

Malaysiakini sebelum ini memetik beberapa sumber melaporkan bekas ketua Pemuda PAS Pusat itu berkemungkinan akan dicalonkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Sumber memaklumkan dia ditwarkan untuk bertanding di DUN Kijang dan Kota Lama bagaimanapun menolak kerana lebih berminat dengan kerusi Chempaka.

PAS Kelantan mengumumkan kerusi itu diberikan kepada calon muka baru, Nik Baharum Nik Abdullah bagi menggantikan posisi yang disandang Fathan Mahmood.

Untuk rekod, Chempaka merupakan salah satu kubu kuat PAS dan sebelum ini turut diwakili Nik Abdul Aziz sejak 1995 hingga kemuncak karier politiknya pada tahun 2013.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo