NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pakar ekonomi PAS sahut cabaran Rafizi, masih menanti surat untuk debat

Rafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi negara.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata beliau menunggu surat daripada Rafizi Ramli selepas timbalan presiden PKR itu mencabar beliau untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.

Syahir berkata ketika ini beliau masih berada di kawasan Parlimennya di Bachok, Kelantan.


“Patutlah batuk-batuk sejak semalam. Rupanya ada orang jauh sebut-sebut nama kita.


“Saya ada di Bachok ini. Kita tunggulah surat itu sampai,” katanya di Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Syahir berdebat selepas tawaran sama dibuat kepada Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor.

Bagaimanapun, Azmin dan Sanusi menolak cabaran Rafizi itu.

Rafizi berkata, pihaknya akan mengutus surat jemputan kepada Syahir dan berharap cabaran terbaru itu disahut.

Kata Rafizi, beliau akan terus meminta untuk berdebat dengan wakil PN kerana budaya ini perlu dibawa demi pembaharuan negara.


“Kalau betul kamu anak jantan…datang ke pentas berdebat dengan saya. Tunjuk anak muda dalam PAS dan PN lebih ‘jantan’ daripada senior kamu yang ada macam Azmin dan Sanusi,” katanya ketika berucap dalam jelajah Madani DUN Sikamat di Negeri Sembilan.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo