NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Hulu Kelang mesti menangkan Azmin Ali - Zaid Ibrahim

Zaid (gambar kecil) berkata, Azmin sudah membuktikan kebolehannya ketika mentadbir Selangor, sebelum ini.


Peguam, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan bekas Menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Beliau berkata Azmin seorang pemimpin yang boleh mengurus dan mentadbir malah sudah ditunjukkan ketika memerintah Selangor.

“Saya ada satu mesej sahaja, saya harap orang Hulu Kelang akan mengundi Azmin Ali, itu harapan saya.

“Saya nak ingatkan pengundi, pemimpin dalam kalangan orang Melayu ini tak ramai yang bagus, berkebolehan. Yang bercakap sedap itu ramai. Tapi Azmin Ali pada saya seorang yang boleh mengurus dan boleh mentadbir.

“Masa jadi MB Selangor pun banyak kejayaan beliau. Kalau pun Perikatan Nasional (PN)-Bersatu tewas di Selangor, kita memerlukan seseorang macam dia di dalam dewan supaya sedikit sebanyak dapat memperbetulkan kesalahan kerajaan. Jadi sebab itu Azmin Ali ini perlu menang,” katanya dalam satu hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook, semalam.

Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor merupakan calon DUN Hulu Kelang yang bakal bertembung dengan calon Pakatan Harapan, bekas ADUN Bukit Antarabangsa, Juwairiya Zulkifli.

Dalam pada itu, Zaid berkata orang Melayu terutama yang tinggal di bandar memerlukan pemimpin yang ‘berhati perut’ Melayu untuk menjadi pembela mereka.

“Orang Melayu di bandar ini (Selangor) perlu dibela pemimpin yang ada hati perut Melayu. Ini mustahak. Kalau kita orang melayu tapi hati perut kita korporat, benda-benda mewah, tokey-tokey besar maka kita tidak boleh membantu orang Melayu.

“Azmin Ali adalah salah seorang pemimpin Melayu yang boleh menolong kita ke arah mencapai matlamat pembangunan Selangor yang seimbang,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo