Pemain TFC, Omid Nazari (kanan) meraikan jaringannya ketika berdepan KL City Jumaat lalu. Foto TFC |
KUALA TERENGGANU: Selepas membuka 'akaun' gol pertama musim ini, pemain tengah Terengganu FC (TFC), Omid Nazari kian bersemangat untuk memburu jaringan seterusnya apabila pasukannya berdepan PDRM FC, Ahad ini.
Jelas pemain kelahiran Sweden berusia 32 tahun itu, dia juga mahu 'menutup mulut' pengkritiknya dengan aksi bertenaga.
Pada aksi ke-16 Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) Jumaat lalu, bekas pemain kebangsaan Iran itu berjaya meledak gol sulung perlawanan yang juga gol peribadi pertamanya ketika TFC terikat 3-3.
Malah pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan skuad Penyu itu berjaya mencipta hantaran gol sebelum rakan sepasukannya, Ivan Mamut meledak gol penyamaan bagi membolehkan skuad itu membawa pulang satu mata.
"Tiada perkataan lain selain begitu gembira kerana berjaya menjaringkan gol pertama peribadi musim ini selepas beberapa kali mencuba, malah lebih menggembirakan jaringan itu pada saya begitu cantik sehingga menyukarkan penjaga gol menepisnya.
"Impian saya jika diturunkan jurulatih menentang PDRM FC nanti, sudah pasti mahu menambah koleksi jaringan peribadi selain memperagakan aksi terbaik untuk membantu pasukan melakar kemenangan.
"Bagaimanapun ia terserah kepada strategi barisan kejurulatihan yang diketuai Tommy (Tomislav Steinbruckner), tapi jika boleh saya mahu beraksi," ujar bekas pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) musim lalu itu.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment