NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Nak kahwin dengan Melayu, nak masuk Islam, dipersilakan...' - 'Inspektor Sheila' ulas keterbukaan bapa

Sheila Sharon Steven Kumar atau ‘Inspektor Sheila’. - NSTP/ROHANIS SHUKRI


Kuala Lumpur: Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih popular dengan nama 'Inspektor Sheila', mengakui mendapat lampu hijau daripada bapanya, S Steven Kumar untuk berkahwin dengan jejaka Melayu atau pasangan berlainan bangsa dan agama.

Lantaran itu, Sheila, 35, terbuka untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki dengan syarat individu berkenaan menepati kriteria ditetapkannya.

Menurutnya, apa yang lebih penting, lelaki berkenaan boleh membahagiakannya dan sanggup menerima dirinya.

"Bapa tidak mengongkong saya. Dia kata jika nak kahwin dengan orang Melayu, nak masuk agama Islam dipersilakan. Ini berkenaan soal hati, tak kisah hitam atau putih. Saya okay, saya terbuka kerana saya rakyat Malaysia.

"Cuma, saya belum menemui lelaki yang memenuhi kriteria sebagai suami," katanya ketika ditemu bual Harian Metro secara eksklusif di Studio News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), di sini, kelmarin.

Sheila berkata, dia nekad mencari pasangan hidup secara terbuka apabila memuat naik 'iklan cari jodoh' di Facebook (FB), baru-baru ini kerana banyak pertanyaan daripada orang sekeliling susulan pendedahan statusnya yang masih bujang.

Menurutnya, dia juga tidak menyangka percubaannya mendapat perhatian sehingga menerima banyak komen dan kiriman mesej di platform berkenaan.

"Saya tak kisah rupa paras, tak terpikat tengok muka 'handsome' (kacak), tapi lagi suka lelaki muda. Satu bonus buat mereka (lelaki) jika boleh buat saya yang begini (tegas) jadi manja," katanya.

Katanya, dia membaca kesemua mesej diterima, namun belum membalas atau menerima pelawaan untuk temu janji daripada lelaki yang ingin berkenalan.

"Selepas tular cerita mengenai status saya masih bujang, keluarga ada tanya kenapa beritahu dan ramai juga bertanya mengenainya.

"Disebabkan 'pening' dengan pertanyaan itu, saya nekad muat naik satu hantaran bagi mencari pasangan dan perkongsian berkenaan meraih 1,000 tanda suka.

"Memang ramai lelaki nak berkenalan bukan setakat Melayu, Cina dan India tetapi juga Punjabi," katanya.

Menurut Sheila, kriteria lain ditetapkannya adalah lelaki berkenaan mesti bujang, tidak mengongkong, aktif bersukan dan paling utama menghormati wanita.

"Lelaki itu kena fit (cergas), tak nak orang gemuk kerana apabila sudah berkahwin nanti, saya akan tengok muka dia 24 jam.

"Dia juga kena pandai bertutur dalam bahasa Inggeris, suka melancong, utamakan keluarga dan agama selain ada standard (menepati piawaian) serta berfikiran kelas dunia.

"Sebenarnya, saya ada berkenalan dengan lelaki Melayu dan ramai yang sporting, malah saya terbuka saja. Cuma, saya belum jumpa lelaki yang sesuai, malah setakat ini tiada lagi yang lepas saringan," katanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik dari Universiti Malaya.

Berhubung dirinya yang semakin mendapat perhatian, Sheila tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah 180 darjah sejak kisahnya tular.

Anak sulung daripada lapan beradik itu berkata, antara perubahan ketara dapat dilihat adalah peningkatan jumlah pengikutnya di FB daripada 8,400 kepada 16,000 orang.

"Dua hari juga saya tak keluar rumah ketika 'kisah' saya mula tular di laman sosial. Jika ada sekalipun, saya pakai pelitup muka dan topi.

"Namun, kini persepsi negatif itu seakan berubah hingga ramai juga ajak berswafoto. Saya pun okay saja jika mereka ajak bergambar.

"Ada juga terima tawaran beberapa syarikat untuk sertai live (siaran langsung) dan saya ada merujuk dengan peguam. Dia (peguam) kata okay, asalkan tidak menyentuh mengenai kes (di mahkamah)," katanya yang menyimpan impian menjadi peguam.

Sheila sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan dua orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Wanita itu turut didakwa menghina kesopanan seorang lelaki mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo