NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MUDA umum enam lagi calon termasuk empat di Selangor



KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan enam lagi calon bertanding dalam pilihan raya negeri.

Empat daripadanya diletakkan di Selangor menjadikan keseluruhan lapan calon bertanding di negeri tersebut sehingga kini.

Pengerusi MUDA Selangor, Hafiz Ikhwan Mohamad Assad, 33 diletakkan sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua.

Timbalan Pengerusi MUDA Selangor, Dr. R. Siva Prakash, 40, di DUN Kuala Kubu Bharu, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Dobby Chew Chuan Yang, 33 di DUN Seri Setia dan Bendahari MUDA Selangor, Afriena Shaqira Sariff, 26, di DUN Sungai Kandis.

Dua lagi calon masing-masing di Pulau Pinang dan Terengganu.

Ketua Biro Pendidikan MUDA Pulau Pinang, Priyankaa Loh Xiang Pin, 27 bertanding di DUN Pantai Jerejak dan Ketua Penerangan dan Pengasas Bersama MUDA, Luqman Long, 29, bertanding di DUN Bandar.

Empat hari lalu MUDA mengumumkan empat calon bertanding di Selangor iaitu Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi bertanding di DUN Seri Serdang.

Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen (DUN Batu Tiga), R. Thanusha (DUN Sentosa) dan Melanie Ting Yi Hlin (DUN Bukit Antarabangsa). – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo