NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MPK kumpul 34.4 tan bahan e-waste

Nazwawi (lima dari kiri) sempena perasmian penutup program kempen Kitar Semula Bersama Komuniti Taman Bandar Baru Kijal melalui Program Pandu Lalu Jualan Barangan E-Sisa dan Kitar Semula di tempat letak kereta Sabasun Hyperuncit, Kijal di sini pada Sabtu.



KEMAMAN - Sebanyak 34.4 tan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) berjaya dikutip melalui 15 program pengumpulan yang diadakan di daerah ini sejak awal tahun hingga Jun lepas.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Nazwawi Harun berkata, program kitar semula bersama komuniti melalui Program Pandu Lalu Penjualan E-Sisa dan Bahagian Kitar Semula itu merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).

"Hari ini kita berjaya mengumpul e-waste sebanyak 10 tan dan minyak masak sebanyak 1,800 kilogram.

"MPK juga menyediakan pusat pengumpulan di pusat e-waste Kemaman yang terletak di Lot Perniagaan Binjai Souq, Binjai sejak Ogos 2020 dan dibuka pada dari jam 9 pagi hingga 11 pagi setiap Sabtu minggu kedua dan keempat pada setiap bulan.

"Sejak pembukaan pusat pengumpulan e-waste dengan kerjasama Syarikat Awie Metal Sdn Bhd sebagai pemungut e-waste yang telah berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, MPK berjaya mengumpul sebanyak 113 tan e-waste dan barang kitar semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Penutup Program Kempen Kitar Semula Bersama Komuniti Taman Bandar Baru di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Nazwawi memaklumkan MPK di bawah Local Agenda 21 telah mengambil inisiatif untuk memudahkan masyarakat melupuskan sisa elektrik dan elektronik serta barang kitar semula dengan cara yang tepat.

Menurutnya, ia menerusi pengumpulan dan pembelian barangan tersebut berkonsepkan pandu lalu sebagaimana yang dilaksanakan ketika ini.

"Barangan elektrik dan elektronik adalah sangat rapat dengan kita namun sama ada sedar atau tidak barangan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia dan kemusnahan alam sekitar.

"Ini kerana mempunyai unsur yang boleh mencemar alam sekitar seperti kronium, plumbum, merkuri dan plastik selain sekiranya dilupuskan dalam tanah maka ia boleh mencemari air bawah tanah dengan logam berat tersebut," jelas beliau.


Sumber  I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo