Menurut jemputan yang bocor, pertemuan bersama Anwar Ibrahim dijadual di ibu pejabat MIC melibatkan jangkaan kehadiran hampir 1,000 ahli. |
PETALING JAYA: Pertemuan bersama Anwar Ibrahim diatur MIC Rabu ini, dengan sumber berkata ia berkisar “layanan buruk” Umno kepada parti itu.
Sumber enggan dinamakan itu berkata, MIC tidak gembira dengan layanan Umno, rakan komponen Barisan Nasional (BN) berhubung rundingan kerusi pada PRN enam negeri.
Umno adalah parti dominan dalam BN yang merangkumi MCA dan beberapa parti kecil lain.
Dakwaan layanan buruk dikatakan berlaku sebelum MIC memutuskan tidak bertanding pada PRN enam negeri.
“Ahli MIC dimaklumkan supaya memberitahu pengundi India memboikot calon Umno sebagai tindak balas. Anwar dijangka menenangkan keadaan mereka,” kata sumber itu kepada FMT.
Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan menjadi ketua dalam gabungan kerajaan perpaduan melibatkan PH, BN, dan parti dari Malaysia Timur.
Sumber MIC diminta mengulas berhubung jemputan yang bocor mengenai pertemuan bersama Anwar, memaklumkan ia akan berlangsung di ibu pejabat MIC.
“Semua negeri dan pengerusi bahagian mesti membawa bersama mereka ahli jawatankuasa, termasuk pimpinan Pemuda, Wanita, Putera, dan Puteri,” menurut jemputan itu.
Difahamkan, MIC memohon semua pemimpin bahagian dan ahli jawatankuasa hadir bagi menunjukkan kekuatan semasa Anwar tiba dalam pertemuan itu.
Parti itu menjangkakan lebih 1,000 ahli akan hadir.
Setiausaha Agung MIC RT Rajasekaran enggan mengulas ketika dihubungi.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment