NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Menjelang PRN, Pusat lulus RM1.44 bilion bangun prasarana jalan Kelantan

Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga pengerusi bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan, berkata projek diluluskan itu akan melengkapkan jaringan jalan alternatif luar bandar di Kota Bharu, Machang, dan Tanah Merah. (Gambar Bernama)



MACHANG: Sebanyak 42 projek di bawah Program Jalan dan Jambatan Luar Bandar (JALB) termasuk menaik taraf jambatan sempit melibatkan kos keseluruhan RM1.44 bilion diluluskan di Kelantan.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata projek berkenaan berada di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dilaksanakan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Bagi 2023, sejumlah RM122.95 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan tiga projek di bawah JALB iaitu Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Belimbing, Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat serta Projek Membina Jalan dari Kampung Joh ke Kampung Mata Ayer, Machang.

“Projek-projek ini akan melengkapkan jaringan jalan alternatif luar bandar melibatkan daerah Kota Bharu, Machang, dan Tanah Merah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan dan taklimat Projek Pembangunan Persekutuan Tebing Sungai Kelantan Bagi Projek Jambatan di Kampung Joh ke Kampung Belimbing.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, ketiga-tiga projek berkenaan dijangka memendekkan tempoh masa hingga 20 minit dan jarak perjalanan antara tiga jajahan terlibat sejauh 15km.

Menurutnya, kerajaan komited mengurangkan jurang infrastruktur perhubungan jalan luar bandar dan wilayah dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan di Kelantan.

“Pelaksanaan projek JALB akan memberi impak pembangunan, melancarkan aliran trafik dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi serta sosial terutama di Machang, sekali gus menafikan naratif bandar mati,” katanya.

Terdahulu, Nik Nazmi turut mengadakan lawatan dan pemantauan Projek Pembesaran dan Menaik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Projek Pembinaan Taman Sistem Binaan Berindustri (IBS) Labok.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo