Megat Zulkarnain Omardin mengetuai cabaran Barisan Nasional (BN) pada PRN Selangor. |
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin mengetuai cabaran 12 calon Barisan Nasional (BN) Selangor pada PRN Ogos depan.
Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan ketua Umno Gombak itu bertanding di DUN Gombak Setia.
BN turut mengekalkan dua penyandang PRU14 iaitu Ketua Pemuda Umno Selangor Imran Tamrin (Sungai Panjang) dan ketua Umno Sabak Bernam Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).
Dua penyandang Shamsuddin Lias (Sungai Burong) dan Zakaria Hanafi (Semenyih) memberi laluan kepada muka baharu iaitu Khir Ramli dan Wan Zulaika Anua.
Kerusi Hulu Bernam disandang BN menerusi Rosni Sohar pada PRU14 ditukar dengan Amanah yang memberi laluan di Jeram.
Calon BN lain adalah Johan Abd Aziz (Dusun Tua), Isa Abu Kasim (Batang Kali), Hasnal Rezua Merican (Kuang), Jahaya Ibrahim (Jeram), Roslee Abd Hamid (Selat Klang), Azley Yahya (Dengkil) dan Al-Hafizi Abu Bakar (Sijangkang).
BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan perpaduan di Putrajaya akan bekerjasama pada PRN 12 Ogos depan.
PH dijangka bertanding di 44 kerusi DUN Selangor iaitu Banting, Morib, Tanjung Sepat, Sungai Pelek, Kajang, Sungai Ramal, Balakong, Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, dan Subang Jaya.
Seri Setia, Taman Medan, Bukit Gasing, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bukit Lanjan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Sementa, Bandar Baru Klang, Pelabuhan Klang, dan Pandamaran.
Sentosa, Sungai Kandis, Kota Kemuning, Sabak, Sekinchan, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Rawang, Taman Templer, Sungai Tua, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah dan Teratai.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment