NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Perlis tidak dijemput ke majlis kerajaan



Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli tidak menafikan peranan Kerajaan Pusat khususnya dalam aspek peruntukan di negeri itu namun katanya ada beberapa perkara perlu diberi perhatian, lapor Utusan.

Ini termasuk dakwanya, gambar menteri besar yang tidak digantung di jabatan-jabatan pendidikan dan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) tidak dibenarkan merasmi mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Malah katanya, beliau sendiri tidak dijemput ke majlis-majlis kerajaan selain sukar mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan khususnya dari aspek menggunakan kemudahan jabatan tersebut.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan campuran di bawah pimpinannya tidak pernah mendiskriminasi negeri yang diterajui PAS.

Menurut Anwar, sudah banyak peruntukan diberikan oleh kerajaan perpaduan kepada Kelantan dan Perlis malah jumlah peruntukan yang pernah diberikan adalah lebih banyak berbanding Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Kelantan sering hadapi banjir, kita lulus beberapa projek baharu dan jumlahnya mencecah bilion ringgit,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata berdasarkan amalan sistem federalisme sudah menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan membantu pembangunan kerajaan negeri tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak.

Katanya, Kerajaan Pusat bertanggungjawab mengagihkan kutipan cukai yang disalurkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan pembangunan di negeri-negeri dikategorikan sebagai tidak maju.

“Jika masih ingat ketika zaman pentadbiran PN (Perikatan Nasional) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, kami memperkenal Dasar Kemakmuran Bersama.

“Ia antara lainnya untuk memperkukuh lagi sistem federalisme di negara dengan membantu kerajaan negeri dalam pelbagai sudut termasuk pembangunan tanpa diskriminasi,” katanya.

Jelas beliau, apa yang diumumkan Anwar kepada Kelantan tiada yang baharu sebaliknya hanya meneruskan komitmen kerajaan terdahulu.

“Ketika saya menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air kita dah umumkan beberapa projek tebatan banjir di Kelantan termasuk di Sungai Golok. Jadi tiada apa yang baharu diumumkan perdana menteri.

“Apa pun terima kasihlah kerana sambung projek ini,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo