NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu malu Nurul Izzah kalah di Permatang Pauh



PERMATANG PAUH – “Hampa (penyokong) yang kat (di) himpunan (Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang) malam ini jangan seronok sangat kerana minggu terakhir (pilihan raya) tentukan arah pengundi,” demikian kata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau memberi peringatan itu sebelum mengimbau semula kekalahan Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu.

“Masa himpunan PRU15 ramai (penyokong) macam inilah tapi akhirnya Nurul Izzah kalah di Parlimen Permatang Pauh. Bukan saja itu, saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan beliau kata tiada lawan baginya tapi kalah juga.

“Jadi himpunan malam ni jangan seronok sangat bang Mat (pesan) selaku orang tua lama, sebab minggu terakhir tentukan arah pengundi apabila (ada pihak) mainkan isu Islam terancam dan anak-anak muda balik bagi tau ibu bapa mereka habis Pakatan Harapan, UMNO (kalah) dari Perlis sampai Kedah hanya tinggal kerusi Sungai Petani saja.

“Kalau kali ini tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Permatang Pauh menang kepada Perikatan Nasional (PN) aku (Mohamad) tak mau balik kampung, malu nak balik,” katanya seloroh ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, hari ini.

Menerusi ucapan sama Mohamad mempertikaikan mengapa Pas tidak melaksakan Rang Undang Undang 355 (RUU 355) ketika mereka menjadi kerajaan sebelum ini.

“Dulu depa (pemimpin Pas) yang aku duduk bersama 37 tahun marah Wan Azizah kerana tak mahu melaksanakan RUU 355, tapi kenapa ketika menjadi Menteri Undang-Undang tidak melaksanakannya?

“Jadi kalau ada orang Melayu nak undi lagi depa (PN) ini aku heran depa (pengundi) itu orang atau plastik,” katanya. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo