NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuh Akta Hasutan termasuk kesalahan hina raja, kata peguam

Presiden Majlis Peguam Karen Cheah, aktivis dan peguam Zaid Malik dan bekas Ahli Parlimen Maria Chin Abdullah menggesa pemansuhan Akta Hasutan 1948.



PETALING JAYA: Wakil peguam dan bekas Ahli Parlimen berpandangan Akta Hasutan 1948 tidak perlu dikekalkan walaupun hanya untuk bertindak terhadap mereka yang menghina institusi raja.

Bercakap kepada FMT, Presiden Majlis Peguam Karen Cheah berkata undang-undang itu harus dimansuhkan kerana sudah lapuk.

“Kita perlu menggubal undang-undang baru. Langkah ke hadapan ialah menggubal rang undang-undang keharmonian negara,” kata Cheah merujuk kepada rang undang-undang (RUU) jenayah kebencian kaum dan agama, RUU keharmonian dan perdamaian negara, dan RUU suruhanjaya keharmonian dan perdamaian negara.

Beliau sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan membantu mencapai “keseimbangan menegakkan kebebasan bersuara sambil mengekalkan keselamatan awam”.

Cheah mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada 25 Jul bahawa Kabinet bersetuju menyemak dan mengehadkan skop undang-undang hasutan negara kepada mereka yang menghina institusi raja.

Kenyataan itu menyusul beberapa hari selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang agar mengelak daripada mengkritik raja-raja Melayu.

Pada 18 Jul, Sanusi Nor dari PAS dibicarakan atas dua pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap institusi raja.

Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek bersetuju dengan Cheah sambil berkata akta itu tidak sepatutnya dikekalkan walaupun dalam bentuk yang lebih terhad, kerana ia terlalu luas dan boleh disalah guna.

“Ia tidak memerlukan imaginasi untuk memahami bahawa kerajaan ini atau mana-mana kerajaan selepas ini boleh menggunakan Akta Hasutan untuk sebarang kritikan terhadapnya yang berselindung di sebalik penghinaan terhadap raja-raja,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perpaduan tidak seharusnya berhenti menunaikan janji Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan undang-undang.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah turut menggesa akta itu dimansuhkan, dengan berkata ia tidak selaras dengan piawaian antarabangsa mengenai kedaulatan undang-undang dan kebebasan bersuara.

Beliau berkata Kanun Keseksaan sudah mengandungi peruntukan yang menyenaraikan kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang boleh dipinda untuk menjadikannya satu jenayah untuk menghina raja-raja.

“Secara prinsipnya, kami bersetuju bahawa kerajaan beraja tidak boleh dihina tetapi perlindungan terhadap penghinaan itu tidak perlu dengan Akta Hasutan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo