Portal berita MalaysiaNow masih menanti penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penafian akses selama 48 jam yang dialami 27 Jun lalu.
Menurut portal itu, surat yang diminta pembantu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dihantar 5 Julai lalu untuk dirujuk kepada SKMM masih belum mendapat respons sehingga hari ini.
SKMM merupakan pengawal selia internet negara yang diberi kuasa untuk mengarahkan pembekal perkhidmatan internet (ISP) menyekat laman sesawang yang ‘tidak diingini’, kata portal itu.
MalaysiaNow turut mendakwa sudah berulang kali menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada Wan Amsyar Jailani dari Unit Komunikasi Korporat SKMM namun tidak dilayan.
Akses portal berita MalaysiaNow disekat beberapa penyedia perkhidmatan Internet utama sebelum ia ditarik balik kira-kira 48 jam kemudian berikutan kecaman daripada aktivis, wartawan dan ahli politik.
Sekatan terhadap MalaysiaNow dipercayai pertama kali dilakukan sejak 2016 membabitkan portal berita yang mempunyai akreditasi media dari Jabatan Penerangan.
Pada 3 Julai lalu, Satu lagi portal berita yang lantang mengkritik kerajaan campuran, Malaysia Today yang dikendalikan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin didakwa disekat.
Pada Februari 2016, portal berita The Malaysian Insider disekat SKMM beberapa minggu sebelum akhirnya ditutup.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment