NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Syura lulus senarai calon Pas untuk PRN, bakal umum secara berperingkat



KUALA LUMPUR – Senarai calon Pas yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) sudah diluluskan oleh Majlis Syura.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, calon yang telah diluluskan itu terdiri daripada bekas atlet sukan, tokoh-tokoh profesional termasuk mantan ketua pengarah.

“Dari segi calon, Majlis Syura sudah menerima senarai dan membuat pengesahan mengenai calon-calon tersebut dan kita telah kembalikan senarai tersebut kepada negeri-negeri untuk buat pemilihan terakhir calon yang difikirkan boleh menang dan terdiri daripada pelbagai peringkat.

“Kali ini kita ada tokoh ilmuan dan profesor daripada univerisiti yang bersama kita, bekas ketua pengarah dan ramai tokoh termasuk tokoh sukan dan masyarakat serta NGO,” katanya di Facebook beliau.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, proses tapisan pada setiap calon yang bakal dipilih mengikut keutamaan pada syarat dan kelayakan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas mengadakan pengumuman senarai calon dibuat secara berperingkat.

“Tiga negeri akan umum pada 26 dan bakinya akan diumumkan pada 27 Julai depan,” katanya lagi.

Pas bakal menjadi parti terbesar dalam Perikatan Nasional yang diberikan kerusi terbanyak sempena PRN kali ini.

Pas meletakkan 126 calon bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.

Manakala  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mendapat 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo