Georgetown: Siasatan akan dijalankan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berhubung dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis membabitkan dua wanita di Balik Pulau, di sini.
Ia susulan gambar tular di Facebook hari ini, memaparkan dua wanita membabitkan warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis inap desa persendirian di Balik Pulau.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, sekiranya berlaku, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang berikutan negara ini melarang aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Kita akan dapatkan lebih banyak maklumat bagi menentukan kesahihan dakwaan mesej tular itu.
"Namun, jika ia benar berlaku tindakan mengikut lunas undang-undang berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Menerusi hantaran tular itu, perkahwinan terbabit dikatakan berlangsung bulan lalu dan dihadiri ahli keluarga serta teman rapat.
Sumber I Harian Metro
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment