Selepas pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus mengumumkan kuliah agamanya yang dijadualkan di Cheras dibatalkan, seorang lagi pendakwah mendakwa diarahkan membatalkan kuliahnya atas arahan pihak tertentu.
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani atau dikenali sebagai UAD memaklumkan pembatalan kuliah Maghrib di Melaka yang dijadualkan malam ini terpaksa dibatalkan.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliyah Maghrib UAD yang akan diadakan di Masjid Datok Andak Serkam Pantai, Melaka pada malam ini, 14 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.
“Mohon maaf kepada penduduk negeri Melaka kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” umumnya melalui akaun Facebook rasminya, hari ini.
Semalam, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI mengumumkan Kuliah Maghrib Perdana di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah Maghrib perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.
“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” umum pengendali akaun Facebook rasmi UAI itu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment