Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sepatutnya untuk melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri Besar Kedah itu memberi respon terhadap kritikan Presiden UMNO yang memintanya untuk membuat taubat nasuha, ia sindiran terhadap Zahid kerana sedang berdepan 47 pertuduhan kes rasuah yang masih tidak selesai sehingga sekarang dibicara di mahkamah.
Dalam kenyataan ringkas, Menteri Besar Kedah itu turut menggesa Ahmad Zahid untuk terus bersara daripada politik.
“Saya bersetuju dan berterima kasih di atas nasihat supaya bertaubat nasuha yang sememangnya dianjurkan kepada mana-mana orang yang menyesali dosa yang telah dilakukan.
“Saya juga ingin menasihatkan beliau (Zahid) bertaubat nasuha 48 kali dan meninggalkan arena politik tanahair dia atas kerosakan yang dibawa oleh beliau kepada rakyat negara ini,” kata Muhammad Sanusi.
Jumlah taubat sebanyak 48 kali tersebut dipercayai merujuk kepada jumlah pertuduhan rasuah dan salah laku yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu.
Media melaporkan, Zahid berkata, fakta UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dititah untuk menghadap Yang di-Dipertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum (ke-15) bagi membentuk kerajaan adalah tidak dapat disangkal lagi.
Serentak itu Zahid menggesa supaya Muhammad Sanusi supaya mengutamakan taubat nasuha.
Presiden UMNO itu menegaskan tidak semua perkara boleh dijadikan bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri.
Muhammad Sanusi dilaporkan membuat dakwaan berhubung perkara itu di dalam ceramah Jelajah Selangor pada Selasa lalu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment