NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih baik Orang Asli bersama parti besar, kata timbalan speaker Dewan Rakyat

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Nor berkata selama ini kira-kira 90% masyarakat Orang Asli menyokong BN dan menikmati pelbagai kemajuan.


PETALING JAYA: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Nor berkata penubuhan parti politik baharu mewakili Orang Asli akan menyebabkan masyarakat itu berpecah-belah, dan lebih baik bersama parti besar yang menguntungkan mereka.

“Bagi saya (penubuhan parti politik baharu) ini adalah tidak sihat kerana ia akan menyebabkan Orang Asli berpecah-belah.

“Selama ini, kira-kira 90% masyarakat Orang Asli menyokong Barisan Nasional (BN) dan menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan,” kata penyandang Parlimen Cameron Highlands daripada Umno itu selepas majlis ramah mesra bersama kepimpinan masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan di Seremban, menurut Utusan Malaysia.

Ramli berkata, beliau difahamkan sebuah parti politik baharu untuk masyarakat Orang Asli diluluskan penubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) baru-baru ini.

Katanya, sudah tentu parti politik itu mahu menyasarkan keahlian dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang hanya berjumlah kira-kira 217,000 orang.

“Jika sokongan masyarakat Orang Asli berpecah maka kuasa politik komuniti itu akan menguncup.

“Sama ada kita suka atau tidak kuasa mengundi Orang Asli adalah terlalu kecil dan lebih baik mereka bersama dengan parti lebih besar untuk sama-sama menentukan dasar yang menguntungkan masyarakat itu,” katanya.

Ramli berkata, pelantikannya sebagai pengerusi Sekretariat Pembangunan Orang Asli oleh kerajaan akan membolehkannya merancang pelbagai aktiviti dan usaha bagi meningkatkan pencapaian komuniti itu antaranya memastikan tiada ketirisan dalam setiap peruntukan dan projek disalurkan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo