PETALING JAYA: Pegawai Khas Ahli Parlimen Bentong Noor Suhana Ishak membuat laporan polis terhadap seorang pempengaruh yang memuat naik video didakwa mengandungi unsur gangguan seksual terhadap Young Syefura Othman.
Video berdurasi seminit 34 saat itu mempertikaikan cara Young Syefura berpakaian di pentas ceramah Malaysia Madani di Kedah pada Sabtu.
“Kata-kata dan gaya badan yang dilontarkan (menerusi video) telah menjatuhkan reputasi, biadab serta memalukan Young Syefura selaku Ahli Parlimen Bentong,” menurut laporan yang dibuat di Bentong petang tadi.
Menerusi video itu, pempengaruh terbabit mengeluarkan komen sedemikian ketika mempertahankan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor selepas Young Syefura menggelarnya “loqlaq” (tidak beradab).
Noor Suhana berkata, tindakan pempengaruh itu tidak boleh dibiarkan.
“Kita sentiasa boleh bersetuju dan tidak bersetuju tapi ia haruslah berdasarkan dengan fakta,” katanya.
“Namun pempengaruh ini menggunakan pendekatan ‘busuk’ dengan mengeluarkan kata-kata seksis, memalukan serta lucah.”
Menurut Noor Suhana, Young Syefura akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu kemudian.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment