NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lapan negeri alami cuaca buruk pagi ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan lapan negeri di Semenanjung sehingga pukul 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa daerah sekitar Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Sementara itu, di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

“Turut terkesan dengan cuaca buruk pagi ini adalah dua daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam serta Kuala Selangor.

“Di Johor pula, hujan lebat serta ribut petir lebih tertumpu di bahagian Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala di Kelantan melibatkan daerah Gua Musang,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo