Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid menggelar Annuar sebagai ‘kaduk naik junjung’ apabila menafikan wujud cubaan mengharamkan parti itu pada 2018. |
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat naratif yang cuba dijual kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelamatkan UMNO daripada diharamkan hanyalah ajinomoto untuk menyedapkan cerita.
Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, sekiranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu mengharamkan UMNO maka Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan menjadi Perdana Menteri kesembilan.
“Malah sudah terbukti TSMY (Muhyiddin) yang membawa UMNO menjadi kerajaan, bukan mengharamkan malah akhirnya menyerahkan kerajaan kepada UMNO dengan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai PM (perdana menteri).
“Jadi pada saya, cerita DS Anwar ‘selamatkan UMNO daripada diharamkan’ yang bukan saja telah dinafikan sendiri oleh Tun (Dr Mahathir) dan TSMY, malah ini hanyalah rekaan umpama ajinomoto menyedapkan cerita, menjelang PRN Ogos ini.
“Sebenarnya ahli-ahli UMNO tahu siapa sebenarnya sedang memperguna dan mematikan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid menggelar Annuar sebagai ‘kaduk naik junjung’ apabila menafikan wujud cubaan mengharamkan parti itu pada 2018.
Ia susulan pendedahan Anwar bahawa Zahid menjadi sasaran serangan lawan kerana timbalan perdana menteri itu mengetahui perancangan pembangkang mengharamkan UMNO sebelum ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa Dr Mahathir dan Muhyiddin merancang mengharamkan UMNO ketika mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan strategi pembangkang ketika ini hanya menyerang Zahid tanpa mengusik UMNO kerana mahu mendapatkan undi ahli parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) memberitahu sekiranya Dr Mahathir mahu mengharamkan parti Melayu itu, tidak mungkin ada orang yang dapat menghalangnya apatah lagi Anwar.
“Paling penting, jika benar Anwar yang menyelamatkan UMNO dari diharamkan pada tahun 2019, mengapa Datuk Seri Zahid tidak menyokong Anwar menjadi PM semasa berlaku Langkah Sheraton, sebaliknya menyokong Tun M dan kemudiannya menyokong TSMY jadi PM?
“Di mana logiknya cereka Anwar dan Zahid ini?
“Sebaliknya Datuk Seri Zahid turut berhempas pulas menandatangani SD menyokong Dr Mahathir dan kemudiannya menukar SD kepada menyokong Tan Sri Muhyiddin dan menolak usaha Datuk Seri Anwar untuk jadi PM ketika itu,” kata Annuar.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment