NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Komplot jatuhkan kredibiliti: ‘Saya bukan maksudkan polis’



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan komplot menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya sejak enam bulan lalu yang didakwa sebelum ini bukan merujuk kepada polis.

Menurutnya, komplot yang dimaksudkan itu berusaha begitu bersungguh-sungguh untuk menjatuhkannya namun gagal.

“”Itulah sebahagian daripada komplot ini. Kemudian kerajaan bertukar, saya dihalang daripada menghadiri majlis-majlis mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

“(Mereka) berusaha bersungguh-sungguh, tapi gagal pasal (sebab) saya pandai. Saya riuhkan (halangan)….(hingga) terpaksa dibenarkan hadir. Itu komplot.


“Saya bukan maksudkan polis, yang (polis) pi perasan pasai pa tak tahu. Saya tak mahu gaduh dengan kakitangan awam. Semua kakitangan awam negeri dan Persekutuan adalah rakan saya,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serahan Zakat Perniagaan Tahun Kewangan 2022/2023 Kumpulan Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Wisma Darul Aman, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis menafikan kononnya terdapat rancangan dan komplot untuk menangkap Muhammad Sanusi yang dirancang sejak enam bulan lalu.

Ketika ditanya sama ada plot tersebut dirancang pimpinan kerajaan campuran hari ini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu hanya berkata, “Tak tahu lah. Buatlah kesimpulan sendiri. Siapa yang dapat untung, dialah rancang.”

Muhammad Sanusi turut memaklumkan beliau akan memberi keterangan mengenai dakwaannya itu kepada polis petang ini.

“Saya hari-hari diambil keterangan. Nampak tumpuan kepada saya berlebihan, itulah orang kasihan pada saya. Saya angkat tangan lagu tu (seperti itu), budak-budak semua angkat sekarang ini.

“Jangan lebih-lebih, nanti orang marah. Ha? Saya tak tahu. Lepas ni saya akan buat inilah…satu taglinebaru di Malaysia untuk rakyat ikut,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Jeneri itu berkata komplot terbabit kemungkinan sudah dirancang sejak Oktober tahun lalu apabila stor kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon diletupkan.

Sebelum ini media melaporkan, kejadian simbahan cat merah dan biru di tembok kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon pada 17 Oktober tahun lalu, rupa-rupanya didahului dengan kemusnahan terhadap sebuah kabin kontena yang terletak dalam kawasan berkenaan.

Difahamkan kabin kontena kosong itu yang dijadikan stor di kediaman rasmi itu, musnah akibat letupan yang berlaku pada 16 Oktober kira-kira jam 2.30 pagi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, ketika itu, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemusnahan kontena terbabit pada 18 Oktober 2022, kira-kira pukul 3.49 petang.

“Siasatan awal dijalankan membawa kepada penemuan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai digunakan untuk menghasilkan letupan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo