NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ ingatkan Guan Eng patung Buddha terbesar ada di Kelantan

PETALING JAYA – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng diingatkan dua patung terbesar Buddha yang berada di negara ini dan Asia Tenggara adalah terletak di Kelantan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tuduhan bekas Menteri Kewangan itu bahawa ‘gelombang hijau’ bakal merobohkan rumah ibadat di Pulau Pinang tidak akan berlaku.

“Hanya nak ingatkan Guan Eng kononnya ‘gelombang hijau’ akan merobohkan kuil di Pulau Pinang. Ini adalah patung Buddha sedang duduk terbesar di Asia Tenggara. Teka di mana? Tumpat, Kelantan.

“Yang ini patung Buddha sedang baring paling besar di Malaysia dan nombor dua di Asia Tenggara. Mana? Tumpat, Kelantan. Nak cakap apa lagi pasal gelombang hijau ini?” soalnya dalam Insta Story hari ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu turut berkongsi gambar kedua-dua patung tersebut dalam media sosialnya selepas ada media melaporkan Guan Eng memberi amaran bahawa rumah ibadat dirobohkan jika ‘gelombang hijau’ menawan Pulau Pinang.

“Saya tidak mahu mempercayai berita ini pada mulanya. Tetapi saya telah buat semakan dan dan ia adalah tepat. Ini menimbulkan ketakutan kaum dan hasutan.

“Anda fikir orang Melayu akan mengundi menentang anda kerana kami semua adalah sebahagian daripada ‘gelombang hijau’ Taliban? Periksa kepala dan hati anda.

“Pasti Pas ada menyatakan beberapa perkara yang melampau. Tetapi kenyataan ini keterlaluan dan boleh menghancurkan jalinan bangsa kita,” jelas Khairy. – KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo