NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid Samad penakut, Dahulu paling kuat kecam UMNk. sekarang puji UMNO parti banyak berjasa

Khalid Samad memuji parti UMNO yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Khalid Samad yang dahulunya dikenali sebagai pengkritik tegar UMNO kini bertukar menjadi penyokong UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengarah Komunikasi Amanah itu sebelum ini paling lantang menghamburkan kecaman terhadap UMNO dengan pelbagai dakwaan, bagaimanapun kini memuji parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut banyak berjasa kepada rakyat.

“Parti Melayu ada tiga yang benar-benar berdiri di atas nama parti Melayu. Antara yang tiga ini, kita lihat yang terbaik adalah UMNO.

“Kerana paling kurang dia (UMNO) faham politik itu untuk apa. Mereka telah berjasa, sekian lama,” katanya dipetik laporan FMT semasa dalam satu ceramah PH di Shah Alam malam tadi.


Beliau tidak menamakan dua lagi parti Melayu itu tetapi difahamkan ia dituju kepada PAS dan Bersatu.

Dalam ucapannya, Khalid turut mengecam PAS dan Bersatu dengan membuat kecaman kepada kedua-dua parti itu.

Khalid pada awal tahun ini mencetuskan kemarahan penyokong UMNO apabila menggesa permohonan pengampunan bekas presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak ditolak.

Kenyataan itu menyebabkan UMNO Kelantan mengancam untuk menamatkan kerjasama dengan Amanah pada PRN akan datang.

Namun, tidak lama selepas menerima kritikan pemimpin UMNO menyebabkan Khalid terpaksa meminta maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap Najib.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo