NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kesatuan Imigresen kesal tuduhan rasuah King Sing

PETALING JAYA – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) meluahkan rasa kecewa atas tuduhan rasuah terhadap anggota Jabatan Imigresen (JIM) yang dibuat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Presidennya, Khairil Niza Khairuddin berkata, sekiranya benar dakwaan itu berlaku maka perkara tersebut perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh King Sing juga boleh dikatakan tidak berasas kerana tidak mempunyai bukti serta hanya bertujuan untuk mengalihkan tumpuan daripada isu utama.

“Sebagai seorang orang kenamaan, beliau seharusnya lebih menghormati undang-undang negara dan tidak mengganggu penjawat awam menjalankan tugas mereka.

“Dalam hal ini, pegawai JIM yang bertugas ketika itu sudah semestinya mengetahui dengan lebih jelas mengenai apa yang berlaku dan mengambil tindakan berdasarkan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairil berkata, tiada pihak yang seharusnya mengganggu tugas penguatkuasaan di negara ini selain bertegas tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya insiden itu berulang.

Dalam pada itu, KPISM juga katanya, menyokong saranan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar siasatan terperinci dilaksanakan berikutan dakwaan terhadap menteri berkenaan yang dikatakan menceroboh masuk dewan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – KOSMO! ONLINE

( Hide )
  1. saman saja pada yg suka buat tuduhan temberang & yg buat tuduhan sembrono & yg buat tuduhan bersifat menghina sedemikian, dan/atau lancarkan mogok tanda protes jika berada dipehak yg benar...
    jangan takut ramai orang awam akan beri sokongan & dukungan terhadap mereka yg telah dihina & difitnah sebegini.

    Pegawai² imigresen adalah sebahagian dari beberapa institusi awam yg menjadi musuh kepada pendatang haram dan bisness bersifat haram dan maksiat seperti rumahurut type xxxx yg byk terdapat di zon² tertentu yg dijalankan oleh golongan tertentu dan mereka itu akan berusaha bertindak ganas dengan pelbagai cara terhadap agensi² dan penjawat² awam dalam bidang tersebut yg bagi mereka telah menggangu kegiatan mereka.

    Perkara yg sedemikian bukanlah sesuatu yg boleh didiamkan serta dibiarkan samasekali.


    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo