NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes PU Azman: Ibu mangsa dedah anak diminta lumur minyak pada kemaluan



SEREMBAN - Ibu kepada salah seorang mangsa kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman,  yang tertuduh telah meminta anak lelakinya melumur minyak pada bahagian kemaluan remaja berkenaan.

Saksi ketiga yang berusia 45 tahun itu berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin pada prosiding hari pertama kes perbicaraan PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.

Menurutnya, dia mengetahui perkara berkenaan selepas diceritakan sendiri oleh anaknya yang ketika kejadian berusia 17 tahun.

Tambahnya, kejadian itu berlaku pada 5 Februari 2022 di rumah PU Azman di Sendayan, Seremban.

"Anak saya cakap dia tak menipu. Dia duduk di ruang tamu kemudian PU Azman suruh ambil minyak di bilik tingkat atas rumah.

"Dia minta sapukan minyak itu di bahagian kemaluannya sebelum minta memasukkan kepadanya (PU Azman)," katanya.

Kata suri rumah terbabit, dia mula mengetahui perbuatan terkutuk tertuduh selepas didedahkan dalam satu pertemuan yang diaturkan oleh guru sekolah anaknya pada 27 Ogos 2022.

Jelasnya, dalam pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam itu, pendakwah bebas Firdaus Wong juga ada bersama.

Selain itu beliau juga memberitahu, yang PU Azman berhasrat menjadikan anaknya sebagai anak angkat dan ia diketahui melalui perbualan kedua-duanya di aplikasi WhatsApp.

"Anak saya kata nak pergi rumah PU Azman saja-saja. Dalam perbualan WhatsApp dia nak jadikan anak saya sebagai anak angkat.

"Mulanya saya tidak percaya sebab PU Azman seorang selebriti, tetapi anak saya meyakinkan untuk pergi ke rumahnya," katanya.

Selain itu katanya, anaknya mula berhenti sekolah kerana berasa tertekan dengan insiden berlaku malah turut minta jangan diganggu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh pula diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 dan 16 tahun pada Februari dan Julai 2022.

Mengikut tiga pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara jam 3 pagi hingga 5 pagi.

Selain itu dia turut tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo