Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkait 3R yang menyentuh soal tokong Buddha berbeza dengan siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya, kenyataan Guan Eng dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh institusi diraja seperti dilakukan Muhammad Sanusi.
“Anda (waratawan) ada fakta kes Lim Guan Eng dan Tan Sri Hadi Awang? Mereka tidak menyentuh institusi diraja. Berbeza.
“Siasatan itu telah lengkap lebih kurang 70% dan kita juga telah menghantar kertas siasatan tersebut kepada AGC (Pejabat Peguam Negara) semalam.
“Ada lagi siasatan yang perlu kita selesaikan dari segi penyimpanan data dan forensik. Itu siasatan yang akan diteruskan, insya-Allah,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Isu 3R merujuk kepada kaum, agama dan institusi diraja.
Awal pagi tadi, Muhammad Sanusiyang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara kira-kira jam 2.30 pagi oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Muhammad Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengkritik kerajaan campuran dan beliau mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.
Sebelum ini, polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berhubung kenyataannya yang mendakwa kemenangan ‘gelombang hijau’ merujuk kepada Perikatan Nasional (PN) di Pulau Pinang pada PRN kali ini akan menyebabkan tokong Buddha dirobohkan serta sekatan beragama berlaku.
Menurut polis, Guan Eng disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas menerima beberapa laporan terhadapnya kerana dipercayai menyentuh isu 3R (kaum, agama dan raja) ketika berucap pada program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.
Portal MalaysiaNow yang menterjemahkan laporan China Press melaporkan Guan Eng berkata ‘gelombang hijau’ akan menyebabkan tokong dirobohkan namun penyembahan terhadap ‘tuhan dan Buddha’ akan terus dilindungi jika kerajaan semasa Pulau Pinang dikekalkan selepas PRN.
Namun bekas menteri kewangan itu menafikan laporan itu dan berkata ucapannya merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu yang dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment