Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik DAP di Selangor mungkin terlepas kepada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.
Kerusi DUN Sungai Tua yang disandang wakil DAP sebelum ini dan kerusi Semenyih yang sepatutnya ditandingi mereka mungkin diambil alih UMNO, ia selepas rundingan peringkat atasan Pakatan Harapan (PH)-UMNO berlangsung sebelum ini melibatkan PRN Selangor.
Penyandang Dusun Tua ialah Edry Faizal Eddy Yusof dari DAP, manakala Semenyih dimenangi PH menerusi Bakhtiar Mohd Nor dari Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sebelum UMNO merampas kerusi itu pada tahun berikutnya dalam pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian Bakhtiar.
Menurut laporan sumber Malaysiakini, kedua-dua kerusi itu dijangka akan ditandingi UMNO pada PRN Selangor 12 Ogos ini.
Seorang pemimpin DAP Selangor, Ong Kian Ming menurut laporan Malaysiakini berkata, “Sebelum PRU ke-15, DAP telah mengambil jawatan sebagai penyelaras DUN semenyih. Jadi, pejabat di DUN Semenyih, tanggungjawab dijalankan oleh wakil DAP dan juga jentera dan ahli DAP selama satu tahun dari awal 2022 sampai ke lebih kurang Mac 2023.
“Selepas Mac 2023, seluruh pejabat tu semua tanggungjawab dialihkan kepada ADUN Semenyih (dari UMNO). Jadi pejabat penyelaras itu telah ditutup sejak bulan Mac,” kata laporan itu.
Selain Semenyih, laporan itu mendakwa DAP juga mungkin kehilangan peluang untuk mempertahankan Dusun Tua pada PRN Selangor ini.
“DAP bersetuju memberi laluan kepada UMNO di Dusun Tua supaya (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) Datuk Seri Tengku Zafrul (Abdul Aziz) boleh bertanding di sana,” kata sumber itu.
Bagaimanapun, setakat ini portal tersebut masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung status kedua-dua kerusi DUN tersebut sama ada DAP akan melepaskannya kepada UMNO untuk mereka bertanding.
Sumber | Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment