Jika undi Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) merosot sebanyak lima peratus tidak mustahil kerajaan negeri Selangor akan bertukar tangan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata PH perlu mengekalkan sokongan yang diandaikan sebanyak 37% daripada pengundi Melayunya untuk kekal memerintah Selangor, ia sekiranya UMNO gagal memujuk sokongan orang Melayu untuk menyokong PH-DAP.
“Senario ini masih akan menyaksikan PH-BN menguasai 34 kerusi berbanding PN 22 kerusi.
“Tetapi sekiranya sokongan Melayu kepada PH merosot 5% sekali pun, ia akan menyaksikan PN berkuasa di Selangor,” katanya dipetik laporan MalaysiaNow.
Jika senario tersebut berlaku, Khairy berkata PH-UMNO akan memenangi 27 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) akan memenangi Selangor dengan 29 kerusi.
“Dalam kes ini, PH-BN (Barisan Nasional) akan memenangi 27 kerusi dan PN akan memenangi Selangor dengan 29 kerusi. Ini menunjukkan peralihan yang kecil sahaja dalam sokongan Melayu sebanyak 5% berbanding senario sebelum ini diperlukan untuk melihat PH-BN kehilangan Selangor,” tulisnya dalam artikel yang diterbitkan oleh badan pemikir berkait kerajaan Singapura Iseas-Institut Yusof Ishak.
Khairy berkata kemenangan PN di Selangor, di mana keputusan itu akan dilihat sebagai “referendrum” ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia lapan bulan, adalah “tidak mustahil sepenuhnya”.
“Sudah tentu, banyak yang bergantung kepada kempen untuk melihat sama ada orang bukan Melayu boleh diyakinkan untuk keluar mengundi dalam jumlah yang besar dan jika orang Melayu terus memberikan Anwar dan gabungannya serta rakan-rakan mereka sokongan padu yang dia inginkan.”
Beliau berkata UMNO, yang baru-baru ini membuang musuh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mungkin tidak akan mengendahkan satu lagi prestasi pilihan raya yang buruk.
Anwar pula perlu “berfikir panjang” tentang masa depan hubungan dengan UMNO, katanya.
“Jika UMNO menjadi liabiliti semasa pilihan raya negeri ini, adakah beliau mahu komited dalam pakatan pilihan raya masa depan dengan UMNO dan BN?
“Atau adakah beliau akan menganggap UMNO dan BN sebagai rakan kongsi sementara untuk memastikan jangka hayat ‘kerajaan perpaduan’ beliau sehingga akhir penggal Parlimen ini dan kemudian memilih alternatif yang tidak akan melibatkan UMNO dan BN?”soal Khairy.
Kehadiran orang ramai di acara PN beberapa hari kebelakangan ini meningkatkan keyakinan gabungan itu untuk menawan Selangor, yang mana PH memerintah sejak 2008.
Awal minggu ini, puluhan ribu berhimpun di Taman Medan, sebuah kawasan majoriti Melayu bandar yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana Petaling Jaya, di mana Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 56 calon untuk bertanding pada PRN bulan depan.
“Jika 90% orang Melayu keluar mengundi, kita akan menang,” kata Muhyiddin.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment