NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Pulau Pinang akan jadi lebih baik dengan adanya UMNO: Anwar



Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi Pulau Pinang mengekalkan sokongan mereka kepada DAP untuk menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menyifatkan Pulau Pinang sudah ditadbir dengan baik oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dari DAP dan ia boleh menjadi lebih kukuh dengan kehadiran wakil rakyat UMNO jika berjaya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

“Kalau Kon Yeow bekerja dengan baik, tidak ada cerita sakau (rasuah), tidak ada cerita zalim dan menindas, (maka) bagilah sokongan kepada beliau supaya kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dapat bekerjasama dengan baik.

“Apatah lagi di Pulau Pinang, pelaburan yang tinggi dan kecekapan pentadbiran serta industrinya memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang termasuk penduduk Kedah yang ‘mai’ (datang) sini untuk bekerja, sebab lebih maju di sini (Pulau Pinang),” kata dipetik laporan BH.

Katanya, beliau menyedari ada pihak tertentu cuba mengambil alih Pulau Pinang sedangkan negeri ini dipimpin sangat baik oleh Kon Yeow.

Beliau berkata demikian pada program Sentuhan Kasih Desa Pulau Pinang – Sesi Bual Bicara Komuniti TVET di Bertam Square hari ini.

Program itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos.


Sumber I Agenda Daily




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo