NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan PH bersifat sesumpah - TGHH



Tan Sri Abdul Hadi Awang membidas tindakan kerajaan campuran menggunakan agensi pihak berkuasa untuk menangkap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.

Presiden PAS itu menyifatkan tindakan menangkap Menteri Besar Kedah itu sebagai zalim walhal tiada kesalahan yang jelas sehingga perlu diburu dan ditangkap pada awal pagi.

“Apa yang ada pada mereka hanyalah jenama sahaja bagi menarik sokongan rakyat, dalam keadaan mereka bersifat menipu, berbohong dan lain-lain.

“Malah mereka bersifat seperti binatang sesumpah yang boleh berubah-ubah warnanya bagi menggoda rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi.

“Kerjanya hanyalah mencari keredaan manusia, malah sokongannya bukan ikhlas kerana Allah SWT,” kata Abdul Hadi dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Selasa lalu Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lalu.

Mengikut pertuduhan, Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Ia susulan kenyataanSanusi dalam ceramah politiknya di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak pada 11 Julai lalu, jam 11 malam yang mengeluarkan kenyataan didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja).

Hadi mendakwa, konsep Malaysia Madani yang dibentuk Kerajaan Perpaduan hanya sekadar pada jenama semata-mata.

“Banyak amal kebajikan yang besar dapat dilakukan melalui negara bermasyarakat madani yang berpandukan al-Quran.

“Bukan madani pada jenama sahaja, yang bergelumang dengan penipuan, mungkir janji, kezaliman, rasuah, maksiat dan pelbagai salah laku.

“Dalam sebuah negara madani yang berlandaskan iman dan budiman, pemimpin dan rakyat sama-sama menyahut seruan Allah SWT dan tawarannya berwawasan jauh, bukan sahaja dunia, bahkan hingga akhirat,” katanya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo