NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Persekutuan berhak membuat pengumuman di mana-mana dan bila-bila masa - Ahmad



PORT DICKSON – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan menggunakan modal politik usang apabila menuduh Kerajaan Perpaduan menabur ‘gula-gula pilihan raya’ menjelang enam pilihan raya negeri (PRN).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan yang memerintah boleh membuat pengumuman termasuk berkaitan bantuan kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja.

Beliau turut memberi contoh satu kes mahkamah melibatkan seorang menteri kewangan yang meluluskan peruntukan ketika berlaku pilihan raya kecil (PRK).

“Tetapi ditolak oleh mahkamah kerana mahkamah berpandangan kerajaan Persekutuan berhak membuat pengumuman di mana-mana dan bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Teluk Kemang di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa.

Semalam, Syed Saddiq membangkitkan persoalan tentang pengumuman pelbagai bantuan khas kepada rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Ahmad menambah, sebelum ini, pihak tertentu mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak mempunyai pelan ekonomi namun apabila pelan ekonomi yang komprehensif dibuat, ia dituduh sebagai gula-gula pilihan raya.

“Jadi serba tak kena. Pada pandangan saya, kita jalan sahaja kerja, jalan terus, apa yang nak umum kita umum,” jelasnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yakin BN boleh menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ahmad yang mengetuai jentera BN Johor pada PRN Negeri Sembilan berkata, pada masa yang sama, jentera parti jangan memandang rendah terhadap calon lawan.

“Kita hendaklah terus bersedia mengadakan aktiviti dan calon hendaklah bertemu seramai mungkin pengundi,” katanya. – MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo