NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan lalu telah beri elaun RM 450, Pelajar IPG tidak layak terima eBeliaRahmah kata Ahmad Maslan



BANGI, Ahad – Golongan pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak menerima bantuan eBelia Rahmah kerana pelajar berkenaan sudah pun menerima elaun bulanan sebanyak RM450.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan mejelaskan demikian bagi menjawab persoalan pelajar IPG yang menyatakan mereka tidak menerima bantuan eBelia Rahmah.

Beliau turut meminta ahli politik yang membuat tuduhan berkenaan dan meminta individu itu menyemak fakta berhubung elaun pelajar IPG.

“Pelajar IPG tidak dapat kemudahan ini (eBelia Rahmah) kerana mereka diberikan elaun RM450 sebulan. Ia adalah elaun yang sebelum ini sudah diberikan ketika kerajaan sebelum ini, maka ia diteruskan.”

“Saya harap ahli politik berkenaan menyemak fakta itu kerana pelajar IPG, mereka dapat lebih daripada yang lain melalui elaun yang disediakan (secara bulanan),”

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja rasmi ke pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhimatan Harta (JPPH) Negeri Johor di Johor Bahru, hari ini.

Mengulas mengenai eBelia Rahmah, Ahmad berkata, seramai dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak menerima kredit berjumlah RM200 melalui tiga platform e-Dompet mulai 26 Jun lalu.

Katanya, inisiatif eBelia Rahmah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 yang matlamatnya untuk memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan belia di samping menyokong pertumbuhan ekonomi perusahan mikro, kecil dan sederhana.

Sebelum ini, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan mengapa pelajar IPG tidak mendapat manfaat inisiatif eBelia Rahmah

Ahli Parlimen Muar itu menyifatkan perkara berkenaan tidak adil, sedangkan mereka juga pelajar sepenuh masa sama seperti penuntut IPTyang lain.

Pada masa sama, Ahmad menegaskan tiada sebarang penebusan tunai dibenarkan bagi inisiatif eBelia Rahmah itu, sekali gus meminta penerima berwaspada dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan menebus tunai bantuan berkenaan.


Sumber I Tv Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo